Airport South Baiyun

Assalamualaikum Semua,

Miela menulis blog ini untuk share pengalaman miela sebagai solo travel ke Guangzhou, China. semoga dengan sharing ini berguna bagi solo travel yang 1st time nak ke Guangzhou. Perjalanan saya bermula dari Penang International Airport ke KLIA2 penerbangan PEN-KUL 1st Mar 2019 @ 1435pm mengambil masa 1 jam sahaja. Sampai di KLIA2 masih awal.. jadi miela rehat dan solat di airport sahaja sehingga tunggu waktu penerbangan ke Guanzhou.



di KLIA2

visa untuk ke China miela minta seorang kawan je tolong buat. sekali dengan insurance RM185.00 je. kalau nak info, boleh whsp miela di talian 011-10143292. Tiket kapal terbang ke china beli online sahaja melalui apps airasia.

Penerbangan KUL-CAN 1st Mar 2019 jam 2010, tambang murah je RM525.00 pergi dan balik, rasa gementar pun ada sebab nak ke Guangzhou seorang diri, 1st time pulak tu. Ready to fly :) haha.. 



 setelah 4 jam dalam kapal terbang, akhirnya miela sampai ke Guangzhou, China.




Miela sampai awal di Guangzhou, tak tahu mana nak pergi haha.. miela pilih untuk berehat sahaja di airport. kat sini bersih. bawa kompas untuk tahu arah kiblat. boleh solat di mana2 sudut.


oleh kerana banyak masa, miela ke seven eleven di airport guangzhou. miela beli ni harga lupa la.. lebih kurang 50 yuan mcm tu, ini kad yang kita boleh guna untuk bayar tambang metro train nanti. senang tak payah guna cash. card ni boleh guna bayar tambang bas juga.


charging of my mobile battery


Guangzhou Baiyun International Airport is the major airport of Guangzhou, the capital of Guangdong province. My first destination is to check in the hotel. i will stay in Guangdong Hotel. the nearest metro station is Yide Lu Metro station. 


Di Airport South saya berjumpa seorang kawan, Alfred. dia tertinggal kapal terbang. so, sementara menunggu next flight, dia plan nak ikut saya berjalan-jalan sekitar Guangzhou. saya juga telah hubungi seorang kawan yang sangat mahir dalam urusniaga borong di guangzhou.. Yafi halil namanya. setelah semuanya berkumpul kami gerak ke yide Lu bersama.

ni dalam subway, kalau kat malaysia, kita panggil LRT.

setelah sampai ke yide lu metro station, saya berjalan kaki untuk ke guangdong hotel. setelah check ini, saya bersih diri dan keluar bersiar-siar. saya makan roti yang saya bawa dari malaysia. minum milo 3 in 1 sebelum keluar. lupa pulak nak ambil gambar bilik di hotel. keadaan ok... bersih.. selesa.


Alfred, pandai soal bas. kami mulakan perjalanan dengan menaiki bas. happy!








Comments